Warga emas rugi RM426,450 diperdaya 'pegawai polis'

Iklan
PDRM

BATU PAHAT - Seorang warga emas berputih mata apabila rugi RM426,450 akibat ditipu Macau Scam yang menyamar sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa yang berusia 71 tahun sebelum itu mendapat panggilan daripada suspek pada Ogos lalu mendakwa sebagai pegawai polis.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa yang percaya dengan dakwaan suspek membuat empat kali pembayaran menerusi mesin ATM dan sekali transaksi secara dalam talian yang semuanya dilakukan pada Khamis.

Menurut beliau, semua pembayaran dan transaksi tersebut melibatkan jumlah RM426,450.

Iklan

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.

"Pihak polis memasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan jika mempunyai sebarang keraguan," katanya.

Iklan