PRU15 bukan lagi masa bereksperimen: Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan lagi masa bereksperimen seperti mana yang dilakukan sebilangan rakyat pada pilihan raya yang lalu.

Beliau mendakwa, mengambil contoh implikasi pada masa lalu, rakyat tidak sepatutnya mengulangi kesilapan yang sama dengan mengundi Pakatan Harapan (PH) kerana ia boleh memberikan kesan yang buruk.

Iklan
Iklan

"Kemerosotan ekonomi, kewangan negara kucar-kacir, ketidakstabilan politik, keharmonian hidup masyarakat terganggu, kebajikan rakyat dikurangkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sebelum ini yang mengajak rakyat untuk kembali memberi peluang kepada PH dalam mandat pentadbiran negara.

Iklan

Ujar beliau, sekiranya PH masih gagal memberikan yang terbaik, gabungan itu bersedia untuk ‘ditendang’ rakyat kembali.

Sementara itu, Ahmad Zahid mengulas, beliau yakin pada PRU15 nanti rakyat akan lebih rasional dengan mengundi mana-mana pihak yang dapat membawa kestabilan dan kemakmuran.

Iklan

"Insya-ALLAH kita yakin rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan pujukan dan propaganda PH yang bertujuan memanipulasi daya fikiran rakyat ini.

"Lebih baik kita 'tendang' mereka (PH) lebih awal supaya mereka tidak merosakkan negara dan kesejahteraan keharmonian hidup masyarakat sekali lagi,” tegasnya.