Deschamps tak gusar prestasi buruk Perancis

Iklan
Deschamps

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps mengakui dia tidak risau dengan keputusan buruk yang diraih pasukannya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut Deschamps, dia menganggap ia satu perkara yang normal sambil percaya pasukannya masih mampu lagi untuk mengancam pasukan-pasukan terbaik di dunia.

Iklan
Iklan

"Ia normal kepada pasukan yang sedikit kemerosotan prestasi tetapi Perancis tetap mampu mengancam mana-mana pasukan Eropah atau dunia,”katanya.

Untuk rekod, skuad Deschamps kini menduduki tangga ketiga Liga A Kumpulan 1 dalam saingan Liga Negara-Negara selepas tewas kepada Denmark dan Croatia serta seri dengan Austria.

Iklan

Dalam pada itu ketika mengulas berkenaan lawannya dalam pasukan D, Deschamps mengakui beberapa mampu mencipta kejutan antaranya Denmark.

"Mereka pasukan sangat kuat tetapi kurang diawasi. Merka mempunyai kualiti individu dan kuat sebagai satu unit.

Iklan

"Prestasi mereka pada Euro terakhir dan ranking dunia menunjukkan Denmark tidak boleh dipandang mudah,”katanyaa.a