Giorgia Meloni bakal angkat sumpah sebagai PM Itali

Iklan
Giorgia Meloni

AMMAN - Giorgia Meloni pada Jumaat dinamakan sebagai perdana menteri Itali sekali gus menjadi wanita pertama yang menjawat jawatan itu.

Meloni, ketua parti Brothers of Italy yang bergabung dengan Forza Italia pimpinan Silvio Berlusconi dan Liga Matteo Salvini, meraih kemenangan dalam pilihan raya pada bulan lalu.

Iklan
Iklan

Kerajaan Itali yang ke-68 sejak 1946 itu akan menggantikan kerajaan perpaduan pimpinan bekas ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi.

Mario Draghi sedang menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Eropah di Brussels selaku perdana menteri sebelum melepaskan jawatan itu, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Iklan

Menurut agensi berita Itali ANSA, Meloni, 45, akan mengangkat sumpah pada 10 pagi Sabtu selepas menerima mandat daripada Presiden Sergio Mattarella untuk membentuk kerajaan baharu.

Barisan kabinetnya terdiri 24 menteri turut mengangkat sumpah pada hari sama. - Bernama.

Iklan