MIC tanding enam kerusi di Perak

Iklan
Saravanan (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna sempena Program Penerangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja anjuran Persatuan Penduduk Kampung Batu 3 dan Ansonex Tapah di Pusat Komuniti Kampung Batu 3, Temoh di sini pada Sabtu.

TAPAH - MIC sudah mengenal pasti enam kerusi untuk ditandingi parti itu di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan berkata, enam kerusi berkenaan merangkumi tiga kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, perincian kawasan yang akan ditandingi itu bakal diumumkan sendiri oleh Presiden MIC, Tan Sri SA Vickneswaran dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.

"Perak merupakan kawasan Parlimen yang sentiasa ditandingi oleh presiden-presiden MIC dari zaman Tun Sambanthan, MIC sendiri ada kekuatan di Perak dan masyarakat India masih yakin dengan kepimpinan MIC.

Iklan

"Saya percaya kedudukan BN memang selesa," katanya kepada pemberita selepas Program Penerangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja anjuran Persatuan Penduduk Kampung Batu 3 dan Ansonex Tapah di Pusat Komuniti Kampung Batu 3, Temoh di sini pada Sabtu.

Ditanya mengenai perubahan kerusi yang akan ditandingi MIC kali ini, Saravanan berkata, ia terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi BN untuk menentukan.

Iklan

"MIC memang sedia untuk menerima perubahan. Kalau ada tempat yang kita tak boleh menang, parti komponen lain boleh menang, kita sedia bincang dan kongsi.

"Kita dah selesai hampir 78 peratus tinggal sedikit sahaja lagi presiden dan pengerusi BN akan umumkan dalam masa terdekat," katanya.