Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini

Iklan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 2.30 petang ini berikutan cuti panjang sempena Deepavali Isnin ini. -Foto LLM

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat 2.30 petang ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Deepavali Isnin ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik perlahan dari Senai menghala Pulai, Jasin ke Ayer Keroh, Port Dickson ke Senawang, Putra Mahkota ke Seremban dan Seremban ke Port Dickson.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi arah utara negara, aliran trafik perlahan di Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Gopeng menghala Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Bandar Baru ke Jawi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan sejauh 14 kilometer masing-masing dari Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Bentong.

Iklan

Bagaimanapun, katanya aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 pula setakat ini masih lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter melalui www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik.

Iklan