'Akan tiba masanya, durian jadi tempoyak' - Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menyamakan gabungan itu sebagai ‘durian yang tajam durinya’ manakala Pas pula seperti ‘timun’ dilihat bukanlah suatu masalah.

Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, durian pada suatu masa akan bertukar kepada tempoyak yang bakal menjadi hidangan.

Iklan
Iklan

"Ambil timun tenyeh di atas tempoyak dalam budu. Akan tiba masanya,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook pada Sabtu.

Ahmad Zahid terdahulu menzahirkan kekesalan selepas Abdul Hadi melabelkan kerjasama dua parti berkenaan pada suatu ketika seperti ‘durian mentah’ susulan parti tersebut memuktamadkan untuk tidak lagi bekerjasama dengan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Iklan

Ulasnya, menyamakan kerjasama itu dengan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau mana-mana haiwan amatlah tidak wajar.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yakin akan ada parti lain yang sedia untuk bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

Iklan