Isu Mossad, PKR tak akan dipersalahkan: Hamzah
BERITA SEMASA 22 OKTOBER 2022
Iklan
Iklan
PKR tidak perlu bimbang atau takut dengan dakwaan bahawa ahli mereka terlibat dalam kegiatan operasi Mossad di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Beliau berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara, parti itu sama sekali tidak akan dipersalahkan.
Menurutnya, isu membabitkan kewujudan agensi pengintipan rejim haram Israel itu adalah perkara yang berkaitan keselamatan negara dan parti politik tidak wajar dipersalahkan sekiranya ada kalangan ahli terlibat.