Piala AFC: KL City ketinggalan 0-2 separuh masa pertama

Iklan
Pemain Al-Seeb meraikan jaringan yang dihasilkan ketika menentang KL City pada Final Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KUALA Lumpur City FC ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama final Piala AFC menentang Al-Seeb sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Putra Bukit Jalil, pasukan KL City kendalian Bojan Hodak dengan membariskan kesebelasan terbaik dengan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza sekali lagi dipertanggungjawabkan menjaga gawang skuad warga kota.

Iklan
Iklan

KL City menggunakan pendekatan berbeza apabila dilihat mengamalkan corak permainan menyerang berbanding kebiasaan iaitu bertahan.

Pemain sayap kanan, KL City, Zhafri Yahya hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-17, namun rembatannya itu berjaya Ahmed Faraj Al Rawahi.

Iklan

Hasrat tuan rumah untuk mendapatkan gol pembukaan tidak kesampaian apabila pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penjuru 'in swinger' Ali Sulaiman Al Busaidi pada minit ke-21.

Tersentak dengan gol tersebut, KL City terus memperbaiki corak permainan bagi mendapat gol penyamaan.

Iklan

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pasukan warga kota itu apabila sekali lagi dibolosi pada minit ke-36 menerusi tonggak serangan Al-Seeb, Abdul Aziz Humaid yang menanduk masuk hantaran Saalah Said untuk menewaskan Mendoza sekali gus menyaksikan wakil Oman itu mendahului 0-2 separuh masa pertama.