KL City naib juara Piala AFC

Iklan
Antara aksi perlawanan KL City menentang Al Seeb pada perlawanan akhir Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil.

HASRAT Kuala Lumpur City FC untuk bergelar juara Piala AFC tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Al Seeb pada perlawanan akhir sebentar tadi

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Putra Bukit Jalil, pasukan KL City kendalian Bojan Hodak dengan membariskan kesebelasan terbaik dengan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza sekali lagi dipertanggungjawabkan menjaga gawang skuad warga kota.

Iklan
Iklan

Pada awal permainan KL City menggunakan pendekatan berbeza apabila dilihat mengamalkan corak permainan menyerang berbanding kebiasaan iaitu bertahan.

Pemain sayap kanan, KL City, Zhafri yahya hanpir membuka tirai jaringan pada minit ke-17 namun rembatannya itu berjaya Ahmed Faraj Al Rawahi.

Iklan

Hasrat tuan rumah untuk mendapatkan gol pembukaan tidak kesampaian apabila pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penjuru 'in swinger' Ali Sulaiman Al Busaidi pada minit ke-21.

Tersentak dengan gol tersebut, KL City terus memperbaiki corak permainan bagi mendapat gol penyamaan.

Iklan

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pasukan warga kota itu apabila sekali lagi dibolosi pada minit ke-36 menerusi tonggak serangan Al-Seeb, Abdul Aziz Humaid yang menanduk masuk hantaran Saalah Said untuk menewaskan Mendoza.

Memasuki separuh masa kedua, pasukan KL City dilihat masih belum mahu mengangkat bendera putih apabila kerap mengatur serangan ke kubu lawan.

Bagaimanapun keasyikan KL City untuk mencari gol pertama mereka pada perlawanan tersebut dihukum Al Seeb apabila kelab Oman itu menjaringkan gol ketiga menerusi Muhsen Saleh Al-Ghassani.

Pengendali KL City kemudiannya membuat beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan Hadin Azman dan Haqimi Azim bagi memperkuatkan lagi jentera serangan skuad warga kota.

Percaturan itu bagaimanapun gagal menghasilkan sebarang gol buat KL City sekaligus menyaksikan skuad warga kota akur tewas 0-3 kepada Al Seeb sekali gus terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara.