MARANG - Pas merancang untuk bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, angka itu masih belum dimuktamadkan memandangkan pihaknya masih lagi dalam peringkat rundingan bersama dengan komponen Perikatan Nasional (PN).
Iklan
Iklan
Beliau juga berkata, setiap calon akan terlebih dahulu disaring oleh Majlis Syura Ulama bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk bertanding.
"Setiap calon yang dicadangkan oleh cawangan, oleh kawasan, nama-nama mereka dibawa ke Majlis Syura Ulama, dipanggil pesuruhjaya negeri (untuk) hadir sama, disebut satu-satu nama ini, bagaimana perangainya, sembahyang atau tidak, (dan) akhlaknya. Setiap orang calon ini diluluskan oleh Majlis Syura Ulama,” katanya. - Bernama