SHAH ALAM – Pas perlu lebih realistik dalam mengotakan janjinya berhubung pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) 355.
Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Ahmad berkata, rakyat terus ditipu dengan retorik kaum dan agama yang dimainkan oleh Pas sedangkan isu-isu asas di bawah tanggungjawab menteri Pas ketika menjadi kerajaan Persekutuan termasuk kerajaan-kerajaan negeri Pas terus tidak selesai.
Iklan
Iklan
"Semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, selain RUU 355, Pas begitu lantang memperjuangkan beberapa isu yang menyentuh sentimen orang Melayu dan agama Islam seperti isu kematian arwah Adib, penghapusan minuman arak dan judi,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkenaan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355 tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen
Menurut Nik Nazmi, pada 2017 ketika Pas pembangkang danBN merupakan kerajaan, Pas mengadakan himpunan besar-besaran mendesak pelaksanaan RUU 355.