PRU15: PN Kelantan umum calon 3 November depan

Iklan
Zulkifli (tiga dari kanan) beramah mesra dengan media Kelantan semasa merasmikan bilik gerakan media PN Kelantan di Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) yang mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di semua 14 kawasan Parlimen di negeri ini pada 3 November depan.

Pengarah Pilihanraya PN negeri, Zulkifli Mamat berkata, bagi menghadapi PRU15 pihaknya akan menggerakkan 27,200 jentera parti yang akan memainkan peranan sepanjang tempoh berkempen.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kempen secara bersemuka menjadi tunjang utama dalam meraih sokongan pengundi untuk memilih PN.

Katanya, pendekatan itu secara tidak langsung mampu mendekatkan parti dengan rakyat.

Iklan
Iklan

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Condong itu berkata, pelancaran jentera PN akan turut dilakukan pada 3 November ini.