'Rakyat mahu demokrasi matang, bukan politik samseng'

Iklan
Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU - Rakyat mahukan proses demokrasi yang matang dan bukan budaya politik samseng terutama sekali di Johor menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Berkempen dan raihlah undi rakyat secara berhemah. Jangan jadikan Johor seperti gelangang sarkas. Kita seharusnya lebih baik dari ini," ujar bekas Menteri Besar Johor itu menerusi ciapan dalam akaun Twitternya, pada Ahad.

Iklan
Iklan

Semasa program Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang berlangsung di Dewan Yong Sheng pada jam 9.30 malam Sabtu, seramai 30 individu yang memakai 'hoodie' dan pelitup muka membuat provokasi.

Kumpulan itu membaling botol, menolak sukarelawan dan anggota Muda, membaling mercun, menendang dan merosakkan kenderaan sambil menjerit dan meminta mereka yang datang berhenti dan meninggalkan dewan tersebut.

Iklan

Dua klip video berdurasi 15 dan 46 saat yang dimuat naik Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tular menunjukkan sekumpulan lelaki itu melaungkan perkataan 'balik' sebagai provokasi terhadap tetamu dalam program berkenaan, namun tiada yang cedera.

Kejadian itu yang kedua menimpa Muda dalam tempoh seminggu selepas program ceramah mega Pakatan Harapan (PH) di Muar pada 17 Oktober lalu turut dilaporkan diganggu kumpulan bermotosikal yang melakukan provokasi.

Iklan

Berikutan itu, Pemuda UMNO Bahagian Muar membuat laporan polis selain mahu mengambil tindakan saman terhadap dakwaan gangguan terbabit didalangi sayap berkenaan.