Anggap PRU15 macam pulang raya: Pas Kelantan

Iklan
Zulkifli merasmikan bilik gerakan media PN Kelantan di Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Pas Kelantan mahu golongan perantau menganggap kepulangan mereka sebanyak dua kali untuk proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti pulang menyambut hari raya.

Pengarah Pilihan raya negeri, Zulkifli Mamat berkata, sambutan itu lebih besar kerana ia hanya berlaku lima tahun sekali sahaja.

Iklan
Iklan

"Kalau hari raya puasa (Aidilfitri) dan haji (Aidiladha) kita sambut setiap tahun.

Menurut beliau, hari raya kali ini lebih besar kerana ia akan menentu masa depan politik negeri dan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Iklan

Jesteru itu, beliau mahu seluruh anak perantau pulang menjalankan tanggungjawab pada 19 November nanti.

Kelantan mengambil keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) meskipun Parlimen dibubarkan.

Iklan