India lancar roket paling berat 'Launch Vehicle Mark 3'

Iklan
ISRO melancarkan Launch Vehicle Mark 3 dan berjaya menempatkan 36 satelit ke orbit. Foto internet

NEW DELHI - Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) melancarkan roket paling beratnya dikenali Launch Vehicle Mark 3 (LVM3 atau GSLV Mark 3) dan berjaya menempatkan 36 satelit ke orbit.

Pelancaran dijalankan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan, Sriharikota di Andhra Pradesh pada 12.07 pagi waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Misi itu dijalankan di bawah pengaturan komersial antara firma kerajaan, New Space India Limited dan syarikat satelit yang berpangkalan di United Kingdom,OneWeb.

Launch Vehicle Mark 3 ialah roket India pertama dengan muatan enam tan, misi komersial pertama LVM3 dan misi berbilang satelit pertama dengan 36 satelit OneWeb. - Bernama

Iklan
Iklan