Kedai Kopi Depan Rumah (KDR)

Iklan
Pengusaha Kedai Kopi Depan Rumah (KDR), Wan Zulfadhli Intizam, 32, (kiri) menyiapkan kopi latte yang dipesan oleh pelanggan ketika ditemui Bernama di gerainya pada Program Riuh Benor! di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru hari ini.

Beliau memilih Riuh Benor! bagi mempromosikan kopi yang diusahakannya kerana berpendapat ia merupakan karnival terkemuka yang harus disertai.

Kopi yang sering menjadi pilihan ramai adalah strawberi latte dan KDR dolce latte yang mempunyai rasa buah nangka hasil dari biji kopi Liberica.