KUALA LUMPUR - Masalah kelewatan pekerja asing untuk masuk ke Malaysia adalah berpunca dari negara sumber berikutan mereka perlu menjalani beberapa saringan termasuk pemeriksaan kesihatan dan sebagainya, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.
"Masalahnya sekarang ini bukan di Malaysia, tetapi di negara sumber kerana mereka harus menjalani saringan, perubatan dan sebagainya. Itu yang membuatkan kita lambat sedikit,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program Jom Kenali Agrikomoditi pada Ahad.
Sementara itu, Zuraida berkata, nilai eksport agrikomoditi bulan ke bulan mencatatkan pencapaian yang baik dengan memperoleh lebih RM100 bilion sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, beliau berkata sasaran RM300 bilion tidak mampu dicapai pada tahun ini disebabkan Covid-19 dan masalah pekerja asing.
"Pada mulanya saya jangkakan selepas 2022, pekerja asing dapat masuk semudahnya. Tetapi tidak sangka banyak masalah. Jadi, Ogos baru pekerja asing masuk dan disebabkan kelewatan itu, sasaran pengeluaran itu tidak dapat dicapai,” katanya.
Zuraida berkata, meskipun nilai eksport agrikomoditi masih belum mencapai sasaran untuk tahun ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi percaya nilai eksport tersebut akan meningkat susulan ekonomi yang semakin pulih dan hampir kepada normal.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Mengulas mengenai program Jom Kenali Agrikomoditi yang diadakan di Ampang itu, Zuraida berkata, ia siri pertama bagi Jelajah Agrikomoditi di peringkat komuniti untuk memberi pendedahan terhadap kepentingan sektor agrikomoditi kepada negara.
"Warga Ampang banyak merantau di serata Malaysia dan luar negara. Meskipun warga Ampang tidak terlibat secara langsung dalam industri agrikomoditi sebagai golongan pekebun kecil, menjadi tanggungjawab warga bandar untuk turut mempromosikan kelebihan agrikomoditi,” katanya.
Beliau berkata, kementerian itu optimis bahawa sektor agrikomoditi negara akan terus mencatatkan prestasi cemerlang meskipun berdepan cabaran inflasi yang dijangka berlaku tahun depan.
Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 yang dijadikan garis panduan, diyakini berupaya memperkasa kedudukan sektor agrikomoditi sebagai nadi pemulihan ekonomi negara, katanya.
Ia terdiri daripada lima teras iaitu kemampanan, teknologi, nilai tambah, keterangkuman serta perkongsian sumber dan kekayaan. -Bernama