Ratusan zombie 'hantui' Mexico City

Iklan
Jalan di Mexico City kembali gamat dengan kehadiran 'zombie' di bandar itu pada Sabtu. - Foto Reuters

MEXICO CITY - Jalan di Mexico City kembali gamat dengan kehadiran 'zombie' di bandar itu pada Sabtu.

Acara tahunan dikenali 'The Zombie Walk' itu kembali memeriahkan suasana di bandar itu selepas dua tahun sepi akibat Covid-19.

Iklan
Iklan

Tahun sebelumnya bagaimanapun hanya diadakan secara maya.

Peserta yang mengikuti acara itu mengenakan pelbagai kostum, ada yang berpakaian seperti jururawat, ada juga yang mengenakan kostum pahlawan masa lampau.

Iklan
Iklan

Kelahiran acara ini bermula di Sacramento, California pada 2001 sebelum merebak ke beberapa bandar besar seperti New York, Bogota, Singapura, Sao Paulo dan Frankfurt. - Awani