Lama rehat, Rafizi akan muncul ceramah malam ini

Iklan
Rafizi Ramli akan membuat kemunculan di Rantau malam ini.

SEREMBAN - Selepas lama berehat daripada sebarang ceramah umum pilihan raya, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan membuat kemunculan di Rantau malam ini.

Rafizi berkata, dia akan berkempen untuk memenangkan calon PH, Dr S Streram yang juga sahabat baiknya.

Iklan
Iklan

"Saya telah lama tidak berceramah umum kerana saya mahu berehat seketika selepas kempen PRU14 selama dua tahun yang benar-benar memenatkan.

"Saya akan turun berkempen setiap malam untuk memenangkan sahabat baik saya, Streram yang berdepan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan," katanya di Facebooknya semalam.

Iklan

Menurutnya lagi, dia akan meyakinkan seberapa ramai pengundi Cina untuk pulang dan keluar mengundi PH di PRK DUN Rantau.

"Peluang Streram akan menjadi lebih baik jika kita berjaya mencapai jumlah keluar mengundi daripada pelbagai kaum yang tinggi," katanya.

Iklan

Ceramah itu akan turut disertai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.