Tiga maut, dua cedera parah insiden tembakan di Chicago

Iklan
Kawasan berlakunya kejadian tembakan di Chicago. - Foto AP

CHICAGO - Sekurang-kurangnya tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di satu persimpangan di Chicago, Amerika Syarikat pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Chicago, Don Jerome, kejadian berlaku di Brighton Park pada jam 4 pagi ketika lebih 100 pemandu berkumpul untuk menyertai satu perlumbaan.

Iklan
Iklan

"Ketika kejadian terdapat kira-kira 100 kereta yang berkumpul di persimpangan itu," katanya.

Jelasnya lagi siasatan menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek melepaskan sekurang-kurangnya 13 tembakan ke arah kumpulan itu.

Iklan

Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Holy Cross dan Hospital Mount Sinai bagi mendapatkan rawatan.

Ketika ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Iklan

Jelas Jerome, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa maut merupakan ahli kongsi gelap dan polis sedang menjejaki dua suspek yang terlibat dalam insiden itu. - Awani