PRU15: Pas yakin rampas semula Parlimen Pokok Sena

Iklan
Wan Romani berucap dalam ceramah Pas di Permatang Bonglai. - Foto Awani

POKOK SENA - Senario Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada kali ini dilihat telah berubah malah kekuatan Pas juga meningkat setelah memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN) berbanding PRU14.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena, Datuk Wan Romaini Wan Salim, menyuarakan keyakinan parti itu dapat merampas kembali kerusi Parlimen Pokok Sena daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

Iklan
Iklan

Wan Romaini yang juga Exco Negeri Kedah berkata, Parlimen Pokok Sena sebelum ini adalah kerusi tradisi yang dimenangi oleh Pas dan bukannya milik calon yang lompat parti.

Kerusi Parlimen tersebut disandang oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar, selama dua penggal.

Iklan

"Kita juga buat masa sekarang ini majoriti di Bukit Lada dan Bukit Pinang, kita sudah menang dan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga pun majoriti 60 peratus Melayu dengan situasi yang ada itu saya berkeyakinan Parlimen Pokok Sena Pas akan memgambil alih," katanya.

Wan Romani berkata demikian ketika ditanya dalam ceramah Pas di Permatang Bonglai, malam Ahad.

Iklan

Ditanya sama ada bekas pemain bola sepak Kedah, Radhi Mat Din akan kembali dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding di Parlimen Pokok Sena pada PRU15, Wan Romaini menjelaskan perkara tersebut bakal diputuskan di peringkat kepimpinan pusat.

"Radhi Mad Din pun tidak kurang hebatnya sebab dia pun seorang yang berpengaruh dengan suasana majoriti yang ada pengaruh anak muda pengundi 18 tahun ini.

"Kita letak Radhi pun memang orang yang terkenal dan pengaruh anak muda insya-ALLAH. Kita serah kepada kepimpinan untuk pilih tokoh yang akan mewakili Pas bertanding di Parlimen Pokok Sena," katanya.

Pada PRU14, Mahfuz menang dengan majoriti 5,558 undi selepas memperoleh 28,959 undi untuk menewaskan Radhi (23,401 undi) dan Datuk Said Ali Syed Rastan (18,390 undi) dari BN. - Awani