Pesawat Korean Air tersasar ketika mendarat

Iklan
Pesawat A330-300 tersasar dalam percubaan kali ketiganya untuk mendarat susulan cuaca buruk. - Foto AP

SEOUL - Sebuah pesawat Korean Air Lines Co yang membawa 173 penumpang tersasar daripada landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cebu di Filipina, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan Korean Air, pihaknya kesal dengan kejadian itu, lapor agensi berita Yonhap.

Iklan
Iklan

"Siasatan menyeluruh akan dilakukan bersama pihak berkuasa penerbangan tempatan dan pihak berkuasa Korea untuk menentukan punca kejadian," kata Presiden Korea Air Woo Kee Hong dalam satu kenyataan pada Isnin.

Penumpang telah ditempatkan ke tiga hotel tempatan dan penerbangan alternatif sedang diaturkan, menurut kenyataan itu.

Iklan

Kejadian berlaku pada jam 11.07 malam Ahad ketika pesawat A330-300 yang membawa 162 penumpang dan 11 anak kapal itu, tersasar dalam percubaan kali ketiganya untuk mendarat susulan cuaca buruk.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan memaklumkan pihaknya akan menubuhkan pasukan khas untuk membantu menangani insiden itu.

Iklan

Buat masa ini lapangan terbang Cebu ditutup sementara dan penerbangan lain ke Cebu dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan atau kembali ke tempat asal mereka. - Bernama