Salman Rushdie hilang penglihatan sebelah mata

Iklan
Salman Rushdie - Foto AFP

MADRID - Penulis novel terkenal, Salman Rushdie kehilangan penglihatan sebelah mata dan satu tangannya tidak boleh digerakkan selepas ditikam di Amerika Syarikat (AS) pada Ogos lalu, kata seorang ejennya, Andrew Wylie dalam temu bual yang diterbitkan hujung minggu ini.

Penulis berusia 75 tahun yang menerima beberapa ugutan bunuh selepas novelnya, 'The Satanic Verses' diterbitkan, ditikam beberapa kali di leher dan perut sebelum memberi ceramah di New York.

Iklan
Iklan

Novel itu menghina Nabi Muhammad SAW yang menyebabkan dunia Islam membantah penerbitannya dan menyebabkan dia diancam bunuh oleh Iran.

Rushdie kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk pembedahan kecemasan tetapi keadaannya bertambah baik dalam beberapa minggu selepas itu.

Iklan

"Dia kehilangan penglihatan sebelah mata dan mempunyai tiga luka serius di lehernya. Sebelah tangannya tidak berupaya kerana saraf di lengannya terputus. Dia mempunyai kira-kira 15 lagi luka di dada dan tubuhnya," kata Wylie seperti dilaporkan AFP.

Akhbar harian Sepanyol, El Pais menyediakan kemas kini tentang kesihatan Rushdie.

Iklan

Kecederaan itu sangat mendalam dan ia adalah serangan kejam, tambah Wylie.

Penulis novel berketurunan India tetapi memiliki kerakyatan Britain itu telah hidup dalam persembunyian selama bertahun-tahun selepas pemimpin tertinggi pertama Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini mengarahkan pembunuhannya berikutan penghasilan novel 'The Satanic Verses'.

Suspek utama, Hadi Matar, 24 tahun dari New Jersey yang berakar umbi di Lubnan telah ditahan sejurus selepas serangan ke atas Rushdie dan dia kemudian mengaku tidak bersalah semasa perbicaraan diadakan di New York pada pertengahan Ogos lalu. - AFP