'Hadi tidak layak digelar ulama'

Iklan
Razeef Rakimin

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak layak digelar ulama kerana sifat peribadinya yang tidak mencerminkan sikap sepatutnya.

Beliau berkata, ia susulan Abdul Hadi didakwa sewenang-wenangnya melabelkan orang lain sebagai tidak beriman.

Iklan
Iklan

Selain itu katanya, amanat bekas Ahli Parlimen Marang sebelum ini turut mencetuskan budaya 'takfiri' iaitu mengkafirkan seseorang atau kumpulan yang muslim.

"Beliau (Abdul Had) banyak menyebarkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

'Terdapat beberapa fitnah yang dilemparkan termasuk menuduh Pengerusi PH itu sebagai anggota Freemason.

"Namun selepas telah dibuktikan beliau salah, sehingga hari ini masih tidak ada permohonan maaf dan beliau tidak pernah memperbetulkan kesilapannya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Razeef menambah Abdul Hadi sebelum ini menuduh pemimpin politik bukan Islam dan bukan bumiputera sebagai perosak politik dan ekonomi negara.

"Bagaimanapun beliau adalah antara individu berkomplot menggulingkan kerajaan PH yang dipimpin oleh seorang beragama Islam. Malah kerajaan ini juga mempunyai barisan kabinet yang majoritinya adalah Islam.

"Oleh kerana gerakan (guling kerajaan) itu maka selama dua tahun ini negara mengalami krisis politik dan ekonomi berpunca daripada ketidakstabilan politik paling teruk dalam sejarah negara," katanya.

Jelas beliau, selain kegagalan kerajaan membendung penularan wabak Covid-19, krisis ekonomi juga semakin teruk.

Razeef turut mendakwa Abdul Hadi merupakan pemimpin Pas paling teruk dalam sejarah parti itu.

"Beliau bukan sahaja tidak mampu menjadi sebaik Allahyarham Fadzil Mohd Noor, Allahyarham Yusuf Abdullah Rawa serta Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Malah kelakuan beliau tidak langsung mencerminkan pemimpin parti yang menggunakan nama Islam," ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menafikan dakwaan Abdul Hadi yang mengaitkan parti itu dengan fahaman komunisme dan menyindir Presiden Pas itu 'lupa' beliau pernah bekerjasama dengan DAP.

Anthony turut menyindir Abdul Hadi, dengan mengingatkan penyandang kerusi Parlimen Marang itu yang 'mungkin terlupa' bahawa Pas pernah bekerjasama dengan DAP dan duduk sebelah-menyebelah dengan pemimpin parti yang dituduh berfahaman komunis itu.