Dua juruterbang maut, jet Rusia terhempas di rumah

Iklan
Beberapa anggota penyelamat berada di lokasi dua jet tentera terhempas di rumah dua tingkat di bandar Irkutsk, Siberia pada Ahad. - Foto AP

MOSCOW - Dua juruterbang terbunuh selepas sebuah jet Rusia yang melakukan ujian penerbangan terhempas ke atas sebuah bangunan dua tingkat di bandar Irkutsk di selatan Siberia, kata gabenor wilayah itu, Igor Kobzev di media sosial.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas sebuah jet tentera terhempas ke dalam blok flat di bandar Yeysk, Russia dekat Ukraine yang mengorbankan sejumlah orang termasuk kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Jabatan tempatan di Kementerian Kecemasan menjelaskan, bahawa pesawat Su-30 terhempas semasa ujian penerbangan.

Kobzev kemudian berkata, dua juruterbang terbunuh dalam nahas itu tetapi tidak ada kecederaan melibatkan penduduk dan orang awam.

Iklan

Dia turut menyiarkan video bangunan itu yang disifatkannya sebagai rumah persendirian untuk dua keluarga seluas 100 meter persegi dengan asap berkepul-kepul ke langit yang gelap.

Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal, menurut Kementerian Kecemasan yang mengatakan api telah menyambar kawasan seluas 200 meter persegi.

Iklan

Menurut Kobzev, dua keluarga yang terdiri daripada lima orang kesemuanya tinggal di rumah itu tetapi tidak berada di dalam kediaman tersebut ketika kejadian.

Selepas nahas itu, kira-kira 150 buah rumah terputus bekalan elektrik, kata Kobzev.

Jawatankuasa Penyiasat Rusia berkata ia telah melancarkan kes jenayah berhubung kejadian itu. - AFP