Ahmad Zahid nasihat rakyat hati-hati 'permainan' PH

Iklan
Hantaran Ahmad Zahid di Facebooknya pada Isnin.

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan rakyat agar berhati-hati apabila didekati ‘bisikan’ memperdaya minda supaya Pakatan Harapan (PH) dipilih menjadi kerajaan sekali lagi.

Katanya, satu-satunya alasan PH mampu kemukakan adalah kononnya tempoh 22 bulan tidak cukup panjang untuk gabungan itu menjadi kerajaan.

Iklan
Iklan

Ahmad Zahid juga menyenaraikan antara tindakan-tindakan yang pernah dibuat oleh kerajaan PH semasa mentadbir negara selama 22 bulan.

"Melantik peguam Setiausaha Agung DAP sebagai Peguam Negara, melantik aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Menteri Kewangannya membuat kenyataan rasmi berbaur politik sehingga menjejaskan pasaran saham.

Iklan

"Selain itu, Perdana Menterinya membuat kenyataan yang menjejaskan hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia, perkembangan ekonomi jadi paling perlahan sejak suku ketiga 2009, masa itu Covid-19 belum menular dan kebajikan rakyat dikurangkan termasuk bantuan tunai dengan pelbagai alasan,” dakwanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sekiranya beliau mahu mengungkapkan satu persatu tindakan oleh kerajaan PH sebelum ini, senarainya adalah sangat panjang.

Iklan

"Nasib baik PH cuma mentadbir 22 bulan. Jika lebih panjang nescaya Malaysia semakin rosak,” dakwanya.

Beliau turut berpandangan rakyat tidak terlalu naif dan semudah itu untuk masuk ke perangkap yang sama.

"Yakini BN demi Malaysia bangkit untuk masa depan negara kembali cemerlang dan gemilang,” katanya.