Kes tembak polis bantuan: Suspek direman lima hari

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad.

KOTA BHARU - Seorang lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan kes tembak anggota polis bantuan di tepi Jalan Aur Duri, Kampung Seberang, Pasir Mas, Salor di sini pada Sabtu.

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan reman berkuat kuasa Ahad sehingga Khamis ini.

Iklan
Iklan

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Ahad.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan mangsa yang berusia 30 tahun cedera di dada selepas terkena tembakan.

Iklan

"Mangsa sempat menghubungi rakan sekerjanya memaklumkan dirinya terkena tembakan sekitar jam 11.30 malam.

Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu bagi rawatan lanjut.

Iklan

"Mangsa mengalami kecederaan pada paru-paru kanan namun berada dalam keadaan stabil dan masih ditidurkan,” katanya.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan.