BN Perak tidak gentar kehadiran 'giant'

Iklan
Saarani

TANJUNG MALIM - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) Perak mengambil pendekatan positif dengan kehadiran nama-nama besar politik atau 'giant' yang sedia menjadi calon di beberapa kerusi di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jentera BN akan lebih bersemangat dalam memastikan nama besar itu tersungkur pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Iklan
Iklan

"Ini sesuatu yang bagus. Kalau tiada tentangan, tiada 'giant' datang, kita bimbang kalau jentera BN tidur.

"Tetapi dengan kehadiran giant ini, jentera BN bangkit berikrar dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan giant will be killed. Saya ambil ia sebagai suatu yang positif.

Iklan

Beliau ditemui pada program ramah mesra bersama penduduk sempena Hari Deepavali di Kampung Chengai, Sungkai di sini pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango.

Iklan

Saarani yang juga Menteri Besar Perak mengingatkan kepada jentera BN untuk tidak terpedaya dengan propaganda yang ditunjukkan oleh pihak lawan.

Saarani (dua dari kanan) melawat Kampung Chengai, Sungkai pada program ramah mesra bersama penduduk sempena Hari Deepavali.

"Kadang kala kita lihat perarakan di Larut dan Tambun, saya kata jangan bimbang kerana itu baru 10 peratus daripada keseluruhan pengundi, lagi 90 peratus masih terbuka. Saya cukup yakin pengundi sudah belajar daripada kesilapan pada 2018 lalu.

"Takkanlah orang Tambun begitu mudah terpedaya berikutan calon ahli Parlimen ini pernah mengetuai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Melaka dan Johor tetapi pulang dengan kosong. Kita pakat tolak la," katanya.

Ditanya mengenai pencalonan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Saarani memberitahu ia belum dimuktamadkan.

"BN ada kebijaksanaan yang tersendiri dan kita akan umumkan bila tiba masanya calon yang sesuai nanti," katanya.

Menjelang PRU15, Perak dijangka menyaksikan beberapa nama-nama besar antaranya Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sementara itu, Saarani menegaskan bahawa tiada calon 'payung terjun' yang akan bertanding termasuk di kerusi Parlimen Gerik pada PRU15.

Beliau mengulangi pendirian itu ketika ditanya spekulasi terdapat calon luar yang akan ditempatkan di kawasan Gerik yang telah dikosongkan sejak tahun 2020.

"Tiada, BN tidak akan mencipta masalah baru. Kita selesaikan masalah sedia ada dan jangan mencipta masalah baru. Insya-ALLAH tiada calon payung terjun," katanya.

Saarani turut mengucapkan 'selamat mencuba' kepada bekas Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How yang dijangka bertanding di kubu kuat BN itu.

Media sebelum ini melaporkan kerusi Parlimen Gerik dijangka menyaksikan pertembungan pemimpin muda UMNO dan DAP itu pada PRU15.

Kerusi Parlimen Gerik kosong selepas penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Raub, Pahang pada 16 November 2020.