KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas pemergian ibunya, Datin Mariah Khamis pada Isnin.
Menerusi catatan dalam laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut hantaran itu.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, kira-kira jam 11.15 pagi tadi.
Mariah menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 88 tahun di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang pada 2.45 pagi tadi. - Bernama