KUALA LUMPUR - Perayaan Deepavali pada Isnin diraikan dengan meriah dan penuh kegembiraan dalam suasana sambutan yang dilihat kembali seperti sebelum pandemik Covid-19.
Selepas dua tahun perayaan itu disambut secara sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang Covid-19, penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memeriahkan Deepavali dalam semangat Keluarga Malaysia dengan menghadiri rumah terbuka di kediaman Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran di Kota Kemuning, Shah Alam serta kediaman Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan di Bukit Damansara di sini pada Isnin
Tinjauan di beberapa kuil di seluruh negara mendapati penganut Hindu mula mengunjungi kuil seawal jam 5 pagi bagi melakukan upacara sembahyang dengan pakaian berwarna-warni.
Seorang pengunjung Kuil Sri Bala Thandayuthapani di Seremban, Negeri Sembilan, K Sivalingam, 27, melahirkan rasa gembira kerana dapat melakukan upacara sembahyang di kuil beramai-ramai selepas negara terkesan dengan Covid-19.
Dalam pada itu, Pengerusi Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam, Raja Selan, 57, menjangkakan 3,000 orang mengunjungi kuil berusia 111 tahun di Johor Bahru, Johor itu hari ini, berbanding hanya 100 hingga 150 orang pada satu-satu masa mengikut SOP sebelum ini.
Kemeriahan sambutan pesta cahaya itu turut dirasai warga Switzerland, Edward McCulhy, 38, yang mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di sini.

Penganut Hindu menaiki 272 anak tangga untuk mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Deepavali pada Isnin. - Foto Bernama