Remaja lemas ketika mandi tasik

Iklan
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang lemas di Tasik Tiga Beradik pada Isnin.

PASIR GUDANG - Aktiviti riadah enam sekawan bertukar duka apabila salah seorang daripada mereka lemas dalam kejadian di Tasik Tiga Beradik Seri Alam di sini pada Isnin.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Rizal Buang berkata, mangsa yang lemas merupakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

Iklan
Iklan

Katanya, ketika kejadian mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang bermandi manda, namun rakannya itu berjaya diselamatkan orang awam.

Sebelum itu, seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang digerakkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.57 pagi.

Iklan
Operasi menyelamatkan mangsa yang lemas di Tasik Tiga Beradik oleh anggota bomba.

"Setibanya anggota bomba di tempat kejadian didapati benar terdapat dua orang mangsa lemas ketika sedang mandi di tasik tersebut.

"Seorang mangsa telah diselamatkan oleh orang awam sebelum anggota bomba sampai di lokasi dan mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail ( HSI) untuk rawatan lanjut.

Iklan

"Manakala mangsa yang lemas ditemui berada di dalam tasik kira-kira tujuh meter dari tebing," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Rizal berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 12.14 tengah hari.

Difahamkan, mangsa bersama rakannya terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan datang ke Tasik Tiga Beradik untuk mendaki dan bermandi manda.