PERSEMBAHAN dipamerkan para pemain skuad ragbi Bungaraya Tujuh Sebelah (7s) lelaki negara di Kejohanan Siri 1 Asia Rugby Sevens Series (ARSS) 2022 di Bangkok, Thailand baru-baru ini disifatkan bukan jelmaan karakter sebenar pasukan.
Sebaliknya pengendalinya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor menegaskan akan melakukan proses penambahbaikan terhadap pasukan supaya lebih berdaya saing di Siri 2 ARSS Incheon, Korea Selatan, November depan.
"Pada masa sama pasukan juga akan melakukan kerja rumah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan lawan berdasarkan kejohanan di Bangkok,” katanya selepas anak buahnya mengakhiri cabaran di kedudukan ketujuh.
Untuk rekod, Siri 2 ARSS dijadualkan berlangsung di Korea Selatan pada 12 dan 13 November manakala Siri 3 ARSS pula dijangka 26 hingga 27 November di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
KEPUTUSAN
Kejohanan Siri 1 ARSS 2022 di Bangkok, Thailand
KUMPULAN
Malaysia 14 - 31 Korea Selatan
Malaysia 7 - 37 Jepun
SEPARUH AKHIR PLATE
Malaysia 14 - 19 Filipina