NAMPAKNYA masing-masing tidak mahu kalah. Sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH), kedua-duanya sudah mengumumkan keputusan untuk memasukkan satu perkara khusus dalam manifesto iaitu peruntukkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) kepada wakil dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Oleh hal yang demikian, kita ingin bertanya kembali, di manakah rasionalnya untuk melantik sehingga tiga orang TPM dalam kabinet Malaysia lebih-lebih lagi apabila jawatan ini tidak pun disebut di mana-mana bahagian Perlembagaan Persekutuan.