Usaha pastikan pengundi muda turun mengundi PRU15

Iklan
Berdasarkan data, seramai 1.14 juta orang yang tergolong pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU15. - Gambar hiasan

PERSIAPAN demi persiapan dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menghadapi debaran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November 2022.

Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan PRU15 kali ini menjadi pilihan raya yang paling sibuk bagi semua pihak, baik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), pihak polis, parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan rakyat.

Iklan
Iklan

Perlu diingat bahawa persediaan bukan sahaja hendak tumpu pada pilihan raya semata-mata, malah turut fokus pada bencana banjir yang dijangka akan berlaku pada hujung November ini.

Namun tumpuan penulis pada kali ini adalah dari segi kesediaan pegundi-pegundi muda untuk memilih calon pilihan mereka dalam PRU15.

Iklan

Semua pihak perlu memastikan persediaan membawa pengundi muda dalam memilih calon pemimpin sempena PRU kali ini turut dilakukan dengan lebih efektif.

Sudah tentu umum mengetahui bahawa Undi18 telah diwartakan berkuat kuasa 15 Disember lalu dimana mereka yang berumur 18 tahun telah didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

Iklan

Berdasarkan data, seramai 1.14 juta orang yang tergolong pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU15.

Situasi itu menjadi ‘game changer’ dalam sistem demokrasi negara sekaligus menjadi faktor penentu calon pilihan raya pada kali ini.

Namun begitu, apa yang menjadi kebimbangan adalah segelintir pegundi muda ini masih belum tahu bahawa mereka membawa peranan yang penting dalam memilih kerajaan.

Meskipun dengan peralihan teknologi masa kini dan kemajuan sosial media yang ada, agak sukar untuk berita-berita seperti ini sampai kepada pengundi muda terutamanya mereka yang tidak berminat dengan isu-isu politik.

Pada Selasa, Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berpandangan bahawa tugas mengingatkan generasi muda ini perlu dilakukan oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan, parti politik, NGO dan ibu bapa.

Beliau berkata, situasi pada masa kini berbeza dengan zaman dahulu yang mana tugas untuk menguar-uarkan perihal pilihan raya diserahkan kepada SPR, Jabatan Penyiaran Malaysia dan Jabatan Penerangan semata-mata.

Menurutnya, golongan tersebut berperanan membantu SPR menarik seramai mungkin rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.

Masa depan negara termasuk perubahan ekonomi, sosial dan politik pada ketika ini bergantung berat pada pilihan rakyat dalam PRU15 yang akan datang.

Justeru itu, penekanan kepada pengundi muda juga penting bagi memastikan mereka sama-sama turun padang dalam pilihan raya kali ini.

-Tamat-