1,737 kes baharu, tiga kematian akibat Covid-19

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Sebanyak 1,737 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 kepada 4,883,796.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak tiga kematian direkodkan pada Isnin dan satu kes kematian melibatkan di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Iklan
Iklan

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 36,447.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 2,118 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,820,355 kes.

Iklan

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 26,994 dengan 25,900 atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara di hospital (1,042) dengan 52 daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Iklan