Satu lagi PPS di Alor Gajah dibuka malam tadi

Iklan
Zaiton Suman, 55, (kanan) bersama anak istimewanya, Muhammad Iman Farhan Abdullah, 17, ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal selepas rumah mereka di Kampung Bukit Tambun dinaiki air. - Foto Bernama

MELAKA - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 38 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 27 individu daripada enam keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan sebuah lagi PPS dibuka di Alor Gajah iaitu Balai Raya Gadek pada 11 malam Isnin, yang menempatkan 11 mangsa daripada lima keluarga.

Iklan
Iklan

"Seramai 27 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal iaitu penduduk dari Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau,” menurut kenyataan itu. - Bernama