LABUAN - Seorang petugas imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4,750.
Rafidah Ahmad, 57, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.