Jangan kongsi video, isu lama di media sosial

Iklan
Tangkap layar video ucapan Mohamad ketika di Rantau Rco Park, Rembau bertarikh 19 Mac 2018.

SEREMBAN - Masyarakat dinasihatkan tidak mencetuskan suasana tegang dengan memuat naik video dan isu lama di media sosial.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ia selepas polis mendapati terdapat klip video lama berkaitan ucapan provokasi seorang pemimpin UMNO yang dimuat naik semula.

Iklan
Iklan

"Ahad lalu, lebih kurang jam 10.55 malam, polis menerima satu hantaran klip video lama berkaitan ucapan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika di Rantau Eco Park, Rembau bertarikh 19 Mac 2018.

"Dalam video itu, pemimpin terbabit didapati membuat ucapan provokasi dengan berkata jika ada pihak yang ditahan polis kerana memfitnah kerajaan beliau akan jamin," katanya dalam kenyataan kepada media pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, tindakan berkongsi video lama itu boleh mengganggu proses pilihan raya sekali gus boleh menimbulkan kegusaran dan mengancam ketenteraman awam khasnya di Negeri Sembilan.

Justeru itu tegas beliau, mana-mana individu dikesan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran awam, boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Selain itu individu didapati menggunakan media sosial seperti internet atau telefon untuk menyebar berita palsu, boleh juga dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Tambah Ahmad Dzaffir, sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dihukum penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.