20 laporan polis terhadap Tengku Zulpuri

Iklan
Tengku Abdul Manan (tengah) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat terhadap Tengku Zulpuri di IPD Kuantan di sini pada Rabu.

KUANTAN - Sebanyak 20 laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pahang terhadap seorang bekas Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang didakwa biadab ketika menyampaikan ceramah politik di Mentakab, Temerloh pada 19 Oktober lalu.

Laporan itu dibuat secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan oleh wakil NGO antaranya, Badan Kebajikan Kerabat Pahang, Pertubuhan Satu Kumpulan, Kelab Warga Peduli dan Pertubuhan Amal Tiara Kasih.

Iklan
Iklan

Bendahari Badan Kebajikan Kerabat Pahang, Tengku Datuk Abdul Manan Tengku Abdul Aziz berkata, laporan dibuat bagi membolehkan pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya kepada Tengku Zulpuri.

Menurutnya, perbuatan pemimpin dari DAP itu disifatkan satu penghinaan melampau kerana mengaitkan Istana Pahang dengan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Iklan

"Kalau sekadar permohonan maaf, bagi saya ia tidak sepadan dengan kenyataan yang telah dibuat. Jadi bagi kami tindakan tegas perlu dikenakan terhadap terhadapnya.

"Disebabkan itu, kami semua bersepakat dengan NGO lain untuk menegakkan kebenaran dan menangani isu sebegini (kebiadaban)," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di hadapan IPD Kuantan di sini pada Selasa.

Iklan

Video berdurasi 1.53 minit dikatakan petikan daripada ceramahnya di Mentakab, Temerloh pada 19 Oktober lalu secara jelas menyentuh institusi beraja, orang kenamaan dan rakyat Pahang yang dilabelkan sebagai penyamun dan penyangak.

Mengulas lanjut, Tengku Abdul Manan berkata, ucapan sebegini boleh menimbulkan kebencian terhadap Istana Pahang dan institusi Raja.

Tambahnya, nama-nama raja tidak sepatutnya dikaitkan kerana institusi itu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.