[VIDEO] Buku Tommy Thomas: Langkah berdiam diri pimpinan PH dipersoal

Iklan
Laporan Sinar Harian 13 Oktober lalu (Ismail Sabri)

KUALA LUMPUR - Pimpinan Pakatan Harapan(PH) dipersoalkan berhubung langkah berdiam diri yang diambil berkaitan pendedahan laporan siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk 'My Story: Justice In The Wilderness' tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan pimpinan PH yang berdiam diri atas pendedahan tersebut adalah sesuatu yang menghairankan.

Iklan
Iklan

"Laporan tersebut telah dinyahklasifikasikan, sesiapa sahaja boleh melihat di laman web Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, terdapat beberapa kesalahan yang didapati melibatkan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Akta Rahsia Rasmi.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasatnya," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat berkaitan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan banjir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa.

Pada 13 Oktober lalu, kerajaan bersetuju untuk menyahklasfikasikan dan mendedahkan laporan siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk"My Story: Justice In The Wilderness" tulisan Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Iklan

Penerbitan laporan yang kini boleh diakses di laman web Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri itu disiapkan kira-kira seminggu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengarahkan ia didedahkan kepada umum.