JBPM tempatkan anggota di pusat mengundi berisiko banjir

Iklan
Mohammad Hamdan (tengah) bergambar bersama penjawat awam yang mengikuti Forum Bicara Governans Integriti dan Antirasuah (BiGIAR) Siri 2 2022 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhari di sini pada Selasa.

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menempatkan anggotanya di beberapa lokasi pusat mengundi yang berisiko berlaku bencana banjir sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah mempunyai jangkaan banjir.

Iklan
Iklan

"Jadi kita akan letak anggota di lokasi pangkalan hadapan di dalam keadaan paling tinggi," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Forum Bicara Governans Integriti dan Antirasuah (BiGIAR) Siri 2 2022 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhari di sini pada Selasa.

Bagaimanapun menurutnya, jumlah anggota berkenaan tidak akan menjejaskan kesiapsiagaan 12,500 pegawai dan anggotanya di seluruh negara yang telah bersedia menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Mohammad Hamdan berkata, mengikut statistik hanya dua kes rasuah dilaporkan pada tahun 2021 melibatkan pegawai dan anggota JBPM seluruh negara.

"Manakala sehingga Oktober 2022, tiada sebarang kes rasuah dilaporkan," katanya.

Iklan