'Benarkan ahli Parlimen wanita PKR pertahankan kerusi'

Iklan
Surat terbuka CSO kepada PKR pada Selasa.

SHAH ALAM - Gerakan-gerakan Masyarakat Sivil (CSO) menggesa Parti Keadilan Rakyat (PKR) membenarkan bekas ahli Parlimen wanita yang menyandang kerusi mereka sebelum ini dapat meneruskan tugas selain 'membuka jalan' kepada lebih ramai wanita dalam dunia politik.

CSO dalam satu surat terbuka berkata, gesaan itu dibuat kerana pihaknya bimbang dengan sebuah laporan berita baru-baru ini yang mengatakan bahawa PKR berkemungkinan akan mengurangkan bilangan calon wanita parti itu, walaupun telah berjanji sebaliknya.

Iklan
Iklan

"Artikel tersebut menyebut beberapa nama penyandang kerusi Parlimen seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju) dan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) sebagai nama yang dikhabarkan akan digantikan dengan calon lelaki," kata mereka pada Selasa.

CSO yang terdiri daripada residen Petaling Jaya, sukarelawan dan aktivis berkata, hanya 84 wanita yang berjaya ke Dewan Rakyat sejak penubuhannya pada tahun 1959.

Iklan

"Walaupun terdapat pengecualian, bagi kebanyakan wanita Malaysia, tidak kiralah betapa gigihnya bekerja dan berapa banyak pengorbanan, sistem yang sedia ada tidak menyebelahi mereka.

"Kita tidak mahu suara mereka hilang dan keazaman mereka untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, terpadam dan dilupakan," tegasnya.

Iklan

Kata CSO, kepentingan meningkatkan bilangan perwakilan wanita di Parlimen tidak boleh dinafikan.

"Meskipun kandungan artikel ini boleh diketepikan sebagai khabar angin semata-mata, ia telah membangkitkan keresahan dan sedikit sebanyak melemahkan semangat serta kepercayaan kami bahawa PKR dan Pakatan Harapan (PH) akan menggerakkan gelombang perubahan untuk meningkatkan perwakilan wanita dalam pilihan raya akan datang ini.

"Tanggapan sedemikian tidak boleh diterima oleh kebanyakan kami kerana kesaksamaan gender adalah satu tonggak utama dalam agenda reformasi," ujar mereka.