MIC sudah muktamad calon PRU15

Iklan
Vickneswaran (kiri) bersalaman dengan Saarani selepas mengalungkan bunga malai selepas menghadiri Majlis Sambutan Deepavali Tahun 2022 Kerajaan Negeri Perak di Dewan Konvensyen Tun Samy Vellu pada Selasa.

SUNGAI SIPUT - MIC sudah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding bagi mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri SA Vickneswaran berkata, senarai nama tersebut sudah melepasi tapisan yang dibuat di peringkat parti.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, senarai nama tersebut akan diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kita juga telah menapis beberapa calon yang mempunyai kontroversi bagi memastikan kemenangan milik kita nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Deepavali Tahun 2022 kerajaan negeri Perak di Dewan Konvensyen Tun Samy Vellu pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Vikneswaran berkata, MIC lebih realistik dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi pada PRU15.

Menurutnya, parti itu tidak akan sewenang-wenangnya meminta lebih kerusi untuk ditandingi jika tidak ada potensi bagi memenangi kerusi tersebut.

Iklan

"Sudah tentu kita akan kekalkan kerusi tradisi dan mengharapkan ada kerusi tambahan untuk ditandingi.

"Tetapi permintaan itu mestilah kerusi-kerusi yang boleh kita menangi," katanya.