Penolong pengurus buat tuntutan palsu RM261,000

Iklan
Suspek diiringi pegawai SPRM di kompleks mahkamah, hari ini.

KUALA TERENGGANU - Seorang Penolong Pengurus sebuah syarikat direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM261,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa, bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Iklan
Iklan

Suspek yang berusia 27 tahun itu dipercayai mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM261,000 bagi kerja-kerja membekal, memasang, menyusun dan menguji peralatan pancaragam di sebuah sekolah, sedangkan kerja-kerja pembekalan yang dibuat tidak mengikut spesifikasi.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan pada tahun 2017, di salah sebuah sekolah di Kuala Terengganu.

Iklan

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek sebelum itu ditahan di pejabat SPRM semalam, kira-kira jam 4.30 petang setelah selesai memberikan keterangan.

Iklan