Usah pangkah ikut emosi

Iklan
Gambar hiasan.

PENGUNDI di negara ini perlu lebih hati-hati, rasional dan tidak dipengaruhi sebarang emosi serta buruk sangka sebelum memilih kerajaan pada hari pengundian 19 November depan.

Ini kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal tiba ini adalah berbeza daripada yang pernah dihadapi sebelum ini.

Iklan
Iklan

Justeru, rakyat Malaysia perlu membuat pilihan yang bijak. Pilihlah mereka berjiwa besar yang melihat serta memiliki visi yang melampaui hari esok.

Jangan tersalah pilih, teruk padahnya. Jangan sekali-kali menggadai masa depan hanya kerana dendam. Undi anda penentu kepimpinan negara.

Iklan

Memanglah menjadi kebiasaan dalam mana-mana pilihan raya, parti-parti bertanding akan berhempas pulas menonjolkan kehebatan parti dan calon masing-masing.

Bagaimanapun, perbezaannya hari ini adalah kewujudan teknologi canggih membolehkan maklumat disebarkan tanpa had dengan pantas melalui pelbagai platform media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, Telegram dan TikTok.

Iklan

Malangnya, kebanyakan daripada maklumat itu adalah palsu, tidak benar ataupun separuh benar yang diolah sebelum disebarkan sedemikian rupa sehingga ada pembaca yang percaya dan terpedaya.

Strategi penggunaan berita palsu atau separuh benar ini pernah digunakan secara meluas dalam kempen pemilihan presiden di Amerika Syarikat (AS) dan referendum Brexit di Britain tidak lama dulu.

Akibat daripada itu, para pengundi di AS dan Britain begitu terpengaruh sehingga mereka membuat pilihan yang salah dan menyesal pada kemudian hari.

Kepada pengundi muda berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada PRU15 nanti, keluarlah beramai-ramai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Inilah masanya untuk pengundi muda memilih kerajaan yang terbaik mengikut perspektif mereka.

Jangan boikot atau pulau PRU15 kerana inilah masa untuk pengundi muda menukar atau mencorakkan semula pentadbiran negara.

Ringkasnya, pengundi yang berumur antara 18 dan 25 tahun akan mula memikirkan masa depan mereka. Isu-isu seperti rumah pertama mereka dan peluang pekerjaan akan menjadi topik utama di benak fikiran golongan tersebut.

Dianggarkan lebih 21 juta pemilih berdaftar pada PRU15 ini dengan 58 peratus adalah mereka dalam kelompok usia 18 hingga 40 tahun. Belia berusia 18 hingga 20 tahun merangkumi 16 peratus daripada 6.9 juta pengundi baharu.