Ular sawa telan nenek di Jambi

Iklan
Seekor ular sawa menelan seorang wanita berusia 50-an di dalam hutan di Jambi baru-baru ini. - Foto dok Birin Warga Desa Terjun Gajah/Kompas

MEDAN - Seekor ular sawa sepanjang kira-kira enam meter menelan seorang nenek berusia 50-an di dalam hutan di Jambi, Indonesia baru-baru ini.

Wanita itu hilang pada malam Jumaat di hutan berhampiran rumah keluarganya di wilayah Jambi, barat Sumatera.

Iklan
Iklan

Penduduk tempatan kemudiannya menghantar rombongan bagi mencari dan dua hari kemudian menemui seekor ular besar di dalam hutan dengan perut yang membengkak.

Apabila perut haiwan tersebut dibedah, mereka mendapati terdapat mayatnya di dalamnya.

Iklan

Anto iaitu ketua kampung tempat wanita itu menetap berkata, ular sawa itu berkemungkinan membunuhnya.

Beliau berkata, tiada seorang pun penduduk menyaksikan wanita tersebut dibaham ular itu ketika dia pergi ke hutan seorang diri.

Iklan

Mangsa tidak pulang ke rumah selepas pergi ke kebun bagi mengutip getah dari pokok-pokok itu pada Jumaat.

Keluarganya kemudian melaporkan kehilangannya kepada pihak berkuasa tempatan dan pencarian telah dilakukan sejak itu. - Agensi