Guna simbol bulan, apa nasib Tok Pa di Jeli?

Iklan
Mustapa Mohamed

JELI - Meskipun bertanding menggunakan simbol bulan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa dijangka bakal berdepan tugas getir dalam usaha mempertahankan kemenangan yang diraih semasa mewakili BN.

Pada PRU14 lalu, simbol dacing yang menjadi 'payung' buat Tok Pa menyaksikan tokoh itu berjaya menewaskan calon Pas, Mohamad Hamid (15,018 undi) dan PKR, Azran Deraman (2,078 undi) dengan majoriti 6,647 undi.

Iklan
Iklan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu mendapat undian sebanyak 21,665 daripada pengundi BN pada ketika itu.

Bagaimanapun, perubahan landskap politik secara 'mengejut' pada PRU14 lalu menyebabkan Tok Pa mengambil keputusan keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Iklan

Tindakan Tok Pa itu telah mencetus kemarahan dalam kalangan pengundi dacing yang memberi kemenangan penuh bergaya kepada beliau bermula PRU11 sehingga PRU14 lalu.

Berpandukan kepada situasi itu, pengundi BN pastinya mahu menggunakan PRU15 untuk 'menghukum' Tok Pa sebagai tanda protes terhadap tindakan tokoh tersebut meninggalkan BN.

Iklan

Kemarahan pengundi BN tampak masih belum reda, malah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad sebagaimana dilaporkan oleh media tempatan dengan tegas mengatakan BN optimis untuk merampas kembali kerusi Parlimen Jeli.

Ketegasan yang disuarakan oleh Md Awli tidak boleh dipandang sinis oleh Tok Pa kerana undi BN pada PRU14 lalu dilihat akan terus 'solid' untuk parti berkenaan.

Justeru, Tok Pa perlu segera menyediakan 'ramuan' terbaik untuk memberikan keyakinan kepada warga Jeli memilih beliau sebagai wakil rakyat.

Hal ini kerana jurang undi yang diperoleh wakil Pas pada PRU14 lalu agak kecil iaitu sekitar 15,018 berbanding 21,665 undi semasa bersama BN.

Merumitkan lagi keadaan Bersatu tidak mempunyai jentera yang 'solid' di Kelantan.

Oleh itu, Tok Pa pastinya mengharapkan jentera Pas untuk membantu kemenangannya pada PRU15 nanti.

Harus diingat, perangai orang Kelantan pelik, mereka lebih mementingkan sokongan terhadap parti berbanding calon.

Oleh yang demikian, Tok Pa perlu lebih agresif dan kerap turun padang bertemu dengan rakyat bersama-sama jentera Pas.

Rekod sebelum ini menyaksikan Tok Pa bergelar sebagai ahli Parlimen pada PRU9 iaitu tahun 1995 dan kemudian tewas pada penggal berikutnya.