Lelaki digelar paling kotor di dunia sudah tiada

Iklan
Amou Haji didakwa tidak mandi selama lebih dari setengah abad kerana bimbang jatuh sakit.

TEHERAN - Seorang lelaki di Iran yang digelar sebagai 'lelaki paling kotor di dunia' kerana tidak mandi selama beberapa dekad telah meninggal dunia pada usia 94 tahun, lapor media kerajaan pada Selasa.

Amou Haji yang tidak membersihkan tubuhnya sejak lebih setengah abad dan masih bujang, meninggal dunia pada Ahad di kampung Dejgah di wilayah selatan Fars, lapor agensi berita IRNA.

Iklan
Iklan

Tambah laporan itu, Amou tidak mandi kerana bimbang jatuh sakit.

"Tetapi beberapa bulan lalu, buat pertama kali penduduk kampung membawanya ke bilik air untuk mandi,” lapor IRNA.

Iklan
Iklan

Pada 2013, sebuah filem dokumentari pendek bertajuk 'The Strange Life of Amou Haji' menyentuh mengenai kehidupannya telah dihasilkan. - AFP