Chelsea mara ke pusingan kalah mati UCL

Iklan
Pemain Chelsea meraikan kejayaan pasukan mara ke pusingan kalah mati UCL

PENGENDALI Chelsea, Graham Potter memuji aksi yang ditampilkan pasukannya ketika mengesahkan slot ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan RB Salzburg 2-1 awal pagi tadi.

Menurut Potter, meskipun beliau sedikit kecewa kerana pasukannya gagal menyempurnakan beberapa peluang dengan jaringan gol pada separuh masa pertama, namun mereka bangkit untuk pada babak kedua untuk memenangi perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Mereka menunjukkan keberanian sebenar meskipun beraksi dalam situasi yang cukup sengit pada perlawanan ini. Saya fikir kami mengawalnya dengan baik dan mencipta beberapa peluang.

"Bagaimanapun saya kecewa mereka hanya mampu untuk menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama. Terdapat satu kesilapan yang mampu mengundang padah tetapi kami bertindak balas dengan sangat baik,” katanya.

Iklan

Pada aksi tersebut, Chelsea terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-23 menerusi pemain tengahnya Mateo Kovacic.

Bagaimanapun, Salzburg kembali bangkit pada separuh masa kedua pabila menyamakan kedudukan menerusi Junior Adamu pada minit ke-48 sebelum Kai Hvaertz menjaringkan gol kemenangan buat Chelsea pada minit ke-64.

Iklan